Tuesday, 21 February 2017

★★8 TIPS ROMANTIS MENGHARGAI ISTERI ANDA★★
---- Tips bertujuan memberi kegembiraan pada Isteri -----

*****************************************************************
Sepanjang perjalanan kita mengharungi kehidupan berumahtangga pasti ada cabarannya yg tersendiri..Tanpa pengurusan yang bijak, hubungan anda pasti menemui jalan buntu. Tidak salah sekiranya mahu menyuntik elemen romantik dalam jalinan cinta suami isteri. Lelaki di luar sana, lakukanlah sesuatu perkara untuk isteri anda dengan penuh rasa cinta dan tanggungjawab, bukan soal seks semata-mata.
Sekian lama menjalinkan cinta anda pasti memahami isteri anda dengan lebih baik. Jika mahu membuat kejutan romantik inilah masa yang sesuai. Jangan bertangguh lagi, ayuh mulakan langkah dengan tip berikut.

1. Hadiahkan Pakaian.
2. Urutan kaki yang menenangkan.
3. Sediakan makanan tengah hari untuk isteri.
4. Makan di restoran.5. Utuskan surat cinta.
6. Sarapan bersama.
7. Urutan melegakan isteri.
8. Mandi bersama.
Kasih dan sayang tiada bersyarat.

Kesemua tip romantik ini bertujuaan untuk memberi kegembiraan kepada para isteri. Jadi janganlah terlalu berharap ganjaran yang akan anda peroleh sepanjang proses memenangi hati isteri.
Sebaliknya anda perlu lebih gembira apabila melihat senyuman yang terukir di bibir isteri yang begitu setia menyokong anda selama ini.
Siapa tahu dengan cara ini, kasih isteri akan lebih mendalam lagi.
Petikan : Rahsia Perkahwinan

Read more...

Repair - repair-repair

Banyak nak kena repair blog ni niii..huhu...
Dah la tak reti haha..

caiyok3...

Read more...

Monday, 20 February 2017

Kisah Pengantin Perempuan Menemui Allah Ketika Sujud


  “Adakah ibu bimbang kerana saya tidak cantik di mata mereka? Bagaimana pula dengan Maha Pencipta saya? Saya bimbang kerana, jika saya terlepas solat saya, saya tidak lagi cantik di mata-Nya   
Ini merupakan sebuah kisah bagaimana seorang mujahadah yang meninggal dunia pada hari perkahwinannya dalam keadaan sujud dalam solat! Subhanallah! Sesungguhnya mendahulukan Allah dalam apa kerja lain yang sedang dilakukan adalah lebih afdhal. Semoga kita sentiasa berada dalam limpah rahmat Allah SWT. InsyaAllah. Mari kita susuri kisah yang hebat ini.

    Selepas melaksanakan Solat Maghrib, dia mulakan make-up pada wajahnya, memakai pakaian pengantin putih yang cantik, mempersiapkan dirinya untuk majlis perkahwinannya sendiri, kemudian dia terdengar azan ‘Isyak dan menyedari bahawa wuduknya telah terbatal. Lalu dia berkata kepada ibunya: “Mak, saya perlu ambil wuduk dulu dan solat ‘Isyak “

Ikuti kisah selanjutnya di sini  .

Read more...

Bersua kembali . . .

Assalamualaikum wbt warga blog sekalian...lama sudah tidak bersua ye hoho...
Kini ku kembali mengisi peluang dan ruang perkongsian bersama sahabat.

Lama dah tak berblogging ni..rasa macam zero dah knowledge blogging...dah la awal2 dulu pun nak buat sattu2nya perkara tu tika itu juga kena study cara2nya...adeehh..Mohon tunjuk ajar sifu semua.

Moga2 diberi kesihatan berpanjangan. InsyaAllah Aamiin.

#mahabbah

Read more...

Tuesday, 4 February 2014

Pengeluaran ansuran bulanan pinjaman perumahan melalui KWSP



Bagi membantu anda mengurangkan bebanan membayar ansuran pinjaman perumahan, KWSP telah memperkenalkan Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan.

Pengeluaran ini membenarkan anda mengeluarkan simpanan daripada Akaun 2 untuk membayar ansuran bulanan pinjaman perumahan yang bayaran dibuat terus ke akaun peribadi bank anda setiap bulan.


Read more...